Is a foamy urine normal?
Most Malaysians love a cup of ...

Pernahkah anda berada dalam situasi di mana anda berpeluh secara berlebihan di tapak tangan dan ketiak pada waktu yang tidak sesuai, sehingga menyebabkan anda berasa tidak selesa dan malu?
ANDA TIDAK KESEORANGAN. Anda mungkin menghadapi hiperhidrosis.
MAKSUD ISTILAH PERUBATAN Hiperhidrosis: hiper- berlebihan; -hidrosis berpeluh. Satu kondisi dimana seseorang itu berpeluh secara berlebihan dan luar biasa.
Mengapa kita berpeluh?
Berpeluh boleh menjadi sesuatu yang memalukan; ia meninggalkan kesan di baju, merosakkan saat romantis dan mengganggu interaksi bisnes dan sosial. Seringkali, kita akan rasa tidak selesa, risau baju akan berbekas peluh dan mungkin perlu menukar pakaian secara kerap. Ini akan mengganggu rutin harian, dan seterusnya meninggalkan impak yang negatif ke atas kualiti hidup.
Berpeluh membantu mengawal suhu tubuh badan kita daripada menjadi terlalu panas. Apabila badan mengeluarkan haba; melalui senaman, ketika di cuaca panas dan lembab, ketika perasaan cemas atau dalam keadaan stress, otak kita bertindak dengan melepaskan peluh daripada kelenjar peluh ekrin. Seterusnya, penyejatan peluh akan menyejukkan badan dan mengurangkan haba yang dihasilkan daripada badan kita. Mereka yang menghidapi hiperhidrosis akan berpeluh lebih pantas dari kadar penyejatan peluh.
Jenis dan Punca
Hiperhidrosis boleh berlaku sejak lahir atau kemudian dalam hidup, tetapi kebanyakan kes bermula di zaman remaja. Peluh berlebihan selalunya paling aktif pada bahagian ketiak, tangan, kaki dan pangkal paha disebabkan oleh kelenjar peluh yang banyak.
Penyakit berpeluh berlebihan dibahagikan kepada dua jenis; “primary” dan “secondary”.
Sesetengah ubat seperti ubat anti-kemurungan, “anticholinesterase” (untuk penyakit Alzheimer), dan propranolol (untuk darah tinggi) boleh menyebabkan perpeluhan.
Apakah simptom hiperhidrosis?
Bolehkah ia dirawat?
Jika anda mempunyai penyakit yang menyebabkan masalah berpeluh berlebihan, justeru penyakit itu patut dirawat dahulu. Namun, jika punca tidak dapat dikenalpasti, rawatan tertumpu kepada mengawal perpeluhan seperti:
Apakah kaedah semulajadi yang boleh saya cuba?
Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengawal symptom perpeluhan berlebihan:




Jangan segan untuk bertanya doktor tentang masalah berpeluh anda.
Rujukan:
Jika anda ingin membaca artikel ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini.
Tags :

Most Malaysians love a cup of ...
ADAKAH KITA BOLEH HAMIL KETIKA...
Image credit: Alvesgaspar,...
Do you have that pooping s...
Whether a pregnancy test t...
A toddler blinking hard or fas...
Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.